LOGO SEKOLAH

LOGO SKUMASUMASTAWAU

 

Bentuk Utama Logo [Induk]

  •      Bentuk titisan air – Air sebagai nadi dalam penghidupan seharian manusia. Sekolah ini diibaratkan sebagai air kepada penduduk kawasan Gugusan Felda Umas-Umas dan sekitarnya. Sebagaimana pentingnya air kepada manusia, begitulah mustahaknya sekolah ini kepada manusia (masyarakat) di sekelilingya.

 

  •       Bentuk genggaman tangan sambil ibu jari dilunjurkan ke atas (isyarat ‘good’) menunjukkan sekolah ini berwawasan sendiri untuk menempatkan kejayaan sekolah ini di tahap yang terbaik sekurang-kurangnya di peringkat daerah.

 

Bulatan [Di Dalam Logo]

  •         Menunjukkan keseragaman dan muafakat yang perlu ditonjolkan dalam budaya berpersatuan dalam kalangan kakitangan sekolah dan murid-muridnya.

 

Buku Yang Sedang Terbuka [Bertulis Perkataan Tawau]

  •         Buku yang sengaja dibuka bermaksud untuk menggalakkan masyarakat Tawau khususnya masyarakat Umas-Umas agar menjadikan tabiat membaca buku sebagai satu budaya.

 

Pensel [Di Sebelah Kanan]

  •          Pensel merupakan alat tulis yang pertama digunakan oleh murid-murid sekolah sebelum mereka berkemahiran menulis dengan pen. Ini menunjukkan betapa pentingnya pembelajaran itu dimulakan dari peringkat yang lebih rendah lagi.

 

 

Pen

  •           Berbeza dengan pensel yang mudah dipadam (sekiranya berlaku kesalahan), pen berkehendakkan keterampilan murid. Untuk mencuba penggunaannya, murid-murid memerlukan kemahiran menulis.

 

Ijazah

  •           Menunjukkan betapa pentingnya cita-cita sekolah khususnya guru-guru ke arah mencorakkan murid-murid agar berjaya memperolehi Ijazah dari mana-mana universiti yang mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia).

 

Dua Jenis Aksi Sukan Yang Ditunjukkan

  •         Aksi sukan permainan di sebelah kanan menunjukkan betapa pentingya kegiatan Ko-Kurikulum bagi mencungkil bakat-bakat dan potensi murid-murid dalam lapangan ini.

 

  •         Aksi sukan olahraga di sebelah kiri menunjukkan pentingnya pelajar mengekalkan kesihatan yang baik bagi kecergasan diri. Diharapkan juga sukan yang menjadi acara tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah di seluruh negara ini dapat menaikkan nama sekolah ini sekurang-kurangnya di peringkat daerah Tawau.

 

Bendera Malaysia Dan Negeri Sabah

  •         Melambangkan cita-cita masyarakat sekolah ini yang akan cuba mengharumkan nama negeri Sabah.

 

  •         Melambangkan cita-cita masyarakat sekolah ini yang ingin mengharumkan nama negara melalui produk yang dihasilkan dari sekolah ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s