SEJARAH PENUBUHAN SK UMAS-UMAS

SEJARAH SEKOLAH SEK. KEB. UMAS-UMAS, TAWAU

 

Tahun 1986

Pada 21 Januari 1986 sekolah ini diwujudkan. Ia hanya menggunakan bangunan pejabat lama FELDA dan bekas gudang baja yang diubahsuai menjadi bilik guru dan bilik darjah. Jumlah murid perintis yang didaftar adalah seramai 109 orang. Bilangan kelas sebanyak 6 buah. Bilangan guru yang ditugaskan seramai 9 orang dan KTBM seramai 2 orang. Guru Besar yang pertama ditugaskan ialah Tn. Hj. Bayoh B. Ballak. Bangunan sekolah konkrit mula dibina.

Tahun 1987

Bilangan murid terdaftar seramai 227 orang. Bilangan guru juga turut bertambah dengan kemasukan seramai 10 orang guru baru.

Tahun 1988

Kakitangan dan murid S.K. Umas-Umas dipindahkan ke bangunan konkrit 2 tingkat yang terdiri daripada 27 buah. Sebuah flat guru tiga tingkat dan sebuah kantin juga turut dibina.

Tahun 1989

Bilangan murid terdaftar seramai 595 orang murid. 2 blok bangunan projek kilat mula dibina Tahun 1990 2 blok bangunan projek kilat telah siap didirikan dan pelajar SMK Umas-Umas menumpang belajar.

Tahun 1992

Sebuah bangunan papan yang mempunyai 3 bilik dibina. Tahun 1993 Bilangan murid yang terdaftar seramai 1,427 orang. Tenaga pengajar seramai 43 orang termasuk 10 orang guru sandaran.

Tahun 1994

Tn. Hj. Bayoh Bin Ballak telah bertukar ke S.K Balung dan tempat beliau digantikan oleh Encik Busu B. Hj. Senang menjawat jawatan guru besar yang kedua.

Tahun 1998

Tn. Hj. Samsudin B. Kastari menjawat jawatan guru besar yang ketiga.

Tahun 2001

Pencapaian pertama peratus UPSR terbaik iaitu 36.75 %. Makmal Komputer sekolah mula dibina.

Tahun 2002

Pencapaian peratus meningkat iaitu sebanyak 38.75 %. Kumpulan kedua calon UPSR mendapat 5A seramai 3 orang.

Tahun 2003

3 blok bangunan ubah suai naik taraf siap dibina. Sebuah unit bangunan Makmal Komputer siap dibina.

Tahun 2004

Peratus UPSR meningkat lagi iaitu sebanyak 30.29 %.

Tahun 2005

Makmal Komputer sekolah dirasmikan.

Tahun 2006

Makmal Komputer sekolah mula dibuka untuk kegunaan guru-guru dan murid-murid.

Jun 2006

Laman Web SK. Umas-Umas, Tawau. Siap Dikemaskini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s