SEPATAH KATA DARI MEJA GURU BESAR

 

DSC02452
GURU BESAR SK UMAS-UMAS TAWAU

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan izin-Nya, dapat saya mengutus sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Sekalung ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak sekolah, terutamanya pihak pentadbir laman sesawang SK Umas-Umas Tawau atas kerjasama dan komitmen bagi mengadakan portal ini dengan memuatkan kandungan dan informasi-informasi yang menarik dan bermanfaat. Portal ini merupakan manifestasi bahawa pihak sekolah sentiasa komited dalam menguruskan dunia pendidikan seiring zaman globalisasi dan maklumat hujung jari yang semakin rancak berkembang.

Akhir kata, saya menaruh harapan yang tinggi agar portal ini mampu dimanfaatkan oleh warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat dan pihak-pihak berkepentingan, sebagai medium komunikasi yang pantas dan berkesan dalam menyebar luas maklumat. Semoga kita mampu untuk melangkah bersama-sama bagi merealisasikan aspirasi Transformasi Pendidikan Negara

PIAGAM PELANGGAN SEK. KEB. UMAS-UMAS

Kami Warga Sekolah bertekad, berazam dan bertanggungjawab untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
  1. Melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, penghasilan kerja berkualiti untuk mencapai matlamat Pendidikan Negara.
  1. Menerima dan menyelesaikan masalah pelanggan dengan cekap, pantas, bijaksana serta melayan penuh mesra, kesopanan dan berbudi bahasa.
  1. Mendidik dengan keperibadian Islam kepada anak didik khasnya dan warga sekolah amnya.
  1. Membimbing dan melahirkan warga sekolah yang cemerlang, tinggi ilmunya dan baik budi bahasanya.
  1. Mempastikan segala tugas dan arahan dari pihak atasan dilaksanakan dengan berkesan.

SEJARAH PENUBUHAN SK UMAS-UMAS

SEJARAH SEKOLAH SEK. KEB. UMAS-UMAS, TAWAU

 

Tahun 1986

Pada 21 Januari 1986 sekolah ini diwujudkan. Ia hanya menggunakan bangunan pejabat lama FELDA dan bekas gudang baja yang diubahsuai menjadi bilik guru dan bilik darjah. Jumlah murid perintis yang didaftar adalah seramai 109 orang. Bilangan kelas sebanyak 6 buah. Bilangan guru yang ditugaskan seramai 9 orang dan KTBM seramai 2 orang. Guru Besar yang pertama ditugaskan ialah Tn. Hj. Bayoh B. Ballak. Bangunan sekolah konkrit mula dibina.

Tahun 1987

Bilangan murid terdaftar seramai 227 orang. Bilangan guru juga turut bertambah dengan kemasukan seramai 10 orang guru baru.

Tahun 1988

Kakitangan dan murid S.K. Umas-Umas dipindahkan ke bangunan konkrit 2 tingkat yang terdiri daripada 27 buah. Sebuah flat guru tiga tingkat dan sebuah kantin juga turut dibina.

Tahun 1989

Bilangan murid terdaftar seramai 595 orang murid. 2 blok bangunan projek kilat mula dibina Tahun 1990 2 blok bangunan projek kilat telah siap didirikan dan pelajar SMK Umas-Umas menumpang belajar.

Tahun 1992

Sebuah bangunan papan yang mempunyai 3 bilik dibina. Tahun 1993 Bilangan murid yang terdaftar seramai 1,427 orang. Tenaga pengajar seramai 43 orang termasuk 10 orang guru sandaran.

Tahun 1994

Tn. Hj. Bayoh Bin Ballak telah bertukar ke S.K Balung dan tempat beliau digantikan oleh Encik Busu B. Hj. Senang menjawat jawatan guru besar yang kedua.

Tahun 1998

Tn. Hj. Samsudin B. Kastari menjawat jawatan guru besar yang ketiga.

Tahun 2001

Pencapaian pertama peratus UPSR terbaik iaitu 36.75 %. Makmal Komputer sekolah mula dibina.

Tahun 2002

Pencapaian peratus meningkat iaitu sebanyak 38.75 %. Kumpulan kedua calon UPSR mendapat 5A seramai 3 orang.

Tahun 2003

3 blok bangunan ubah suai naik taraf siap dibina. Sebuah unit bangunan Makmal Komputer siap dibina.

Tahun 2004

Peratus UPSR meningkat lagi iaitu sebanyak 30.29 %.

Tahun 2005

Makmal Komputer sekolah dirasmikan.

Tahun 2006

Makmal Komputer sekolah mula dibuka untuk kegunaan guru-guru dan murid-murid.

Jun 2006

Laman Web SK. Umas-Umas, Tawau. Siap Dikemaskini.

TAKLIMAT PENGURUSAN ICT BIL 1/2012

Tindakan : Penyelaras Bestari/Juruteknik Komputer

Tarikh : 8 Februari 2012 (RABU)

Masa : 8:30 Pagi – Guru ICT/Bestari

Masa : 2:30

Petang – Juruteknik Komputer (FT17)

Tempat : Bilik Gerakan Pusat Kegiatan Guru, Tawau

.::. Sila bawa komputer riba dan pendrive .::.

Hebahan Unit ICT/PKG/BTP, Daerah Tawau Sumber dari Laman Rasmi PPD TAWAU.

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

Menjadi sekolah cemwerlang menjelang tahun 2012

MISI

Kami warga sekolah kebangsaan umas-umas tawau berusaha bersungguh-sunggu untuk meningkatkan akademik, ko-kurikulum, pengurusan pentadbiran dan pelestarian alam sekitar.

Hello world!

Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the admin dashboard) to start a fresh post.

Here are some suggestions for your first post.

  1. You can find new ideas for what to blog about by reading the Daily Post.
  2. Add PressThis to your browser. It creates a new blog post for you about any interesting  page you read on the web.
  3. Make some changes to this page, and then hit preview on the right. You can always preview any post or edit it before you share it to the world.